Wednesday 7 December 2011

Bacaan bergred perkataan kvkv

Bacaan bergred bergambar

Sunday 4 December 2011

Bacaan Bergred

Bacaan Bergred Perkataan KVKV

Mari Membaca Perkataan kvkv

sukukata KV

Saturday 3 December 2011

Mari Mengenal Abjad

Mari mengenal Abjad

Tuesday 29 November 2011

Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Belajar

Musim cuti sekolah baru bermula, tetapi sebagai guru walaupun cuti sekolah kami boleh dipanggil untuk berkursus dan sebagainya. Pada 21 dan 22 November semua Guru Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara telah dipanggil menghadiri Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Belajar. Banyak idea yang bernas dihasilkan. Ternyata guru-guru Pemulihan Khas ini sangat kreatif dalam menghasilkan BBB. Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana dalam menghasilkan Bahan Bantu Belajar yang boleh diguna pakai untuk membantu murid Pemulihan Khas mengenal abjad, vokal dan membaca sukukata KV dan perkataan KVKV.


Kereta api sukukata, bimbing murid untuk mengeja dan membaca sukukata KV, kemudian cantumkan menjadi perkataan bermakna. 


Bahan yang ni memang cantik dan menarik. Murid boleh mengeja dan membaca perkataan KVKV 





Roda sukukata, murid pasti teruja bermain roda ni, bina perkataan daripada sukukata yang disediakan  berdasarkan gambar pada roda.

'Ulat' abc, pasti murid seronok  menggunakan bahan ini..

Vokal i untuk ikan..



Roda perkataan. Murid belajar membaca melalui bermain.






Kad sorong tarik

Mobail vokal


Guru boleh guna kalendar meja yang terpakai untuk buat BBB ini. mesti menarik dan menjimatkan.. kreatif cikgu2 ni kan... :)


Yang ini pula dadu sukukata, murid boleh belajar melalui kaedah bermain..


Mobail huruf vokal, murid mesti seronok tengok gantung2 bahan ni di kelas, kelas cikgu pun cantik nanti.. 


Kad abc bunga, boleh gantung2 di kelas...




Bahan ini pun menggunakan kalendar meja terpakai.. so lepas ni cikgu-cikgu  boleh la kumpul kalendar meja untuk jadikan Bahan Bantu Belajar

Kad buka tutup. ala2 macam tingkap tu la.. murid mesti seronok menggunakan bahan ini

Bahan ini menggalakkan murid mencuba, baca dulu sukukata, jika berjaya eja atau baca dengan betul, murid boleh maju ke hadapan bergerak menggunakan kereta permainan yang guru sediakan.

Kad huruf timbul menggunakan span basuh pinggan, murid boleh sentuh dan rasa dengan jari bentuk huruf dan  cara menulis huruf dengan betul


Carta sukukata KV


Kolaj huruf, murid boleh sentuh huruf  dengan jari, guru ajar gerakkan jari mengikut cara menulis huruf yang betul 

Kolaj huruf menggunakan beras


Saturday 12 November 2011

Aktiviti Murid - Bermain kad sukukata KV

  
Azim dan Hasreem Murid Pemulihan Tahun 1, sedang bermain kad sukukata terbuka KV.


 
  Mencari pasangan kad sukukata KV KV KV bagi membentuk perkataan bermakna.



Kami dah pandai...Berjaya mencari pasangan kad sukukata KV KV KV

Monday 7 November 2011

Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song

Jom dengar lagu... sambil belajar bunyi fonik abc


Kenapa Murid Sukar Membaca

Jika murid susah membaca akan menimbulkan masalah pada guru dan murid tersebut juga akan rasa rendah diri..
Ibu bapa juga pening kepala bagaimana hendak membantu mengajar anak-anak mereka membaca.. Sekadar ingin berkongsi, mari kita lihat apakah masalahnya dan cara meyelesaikan nya,

Friday 4 November 2011

Membaca perkataan KVK+KVK

Aktiviti murid Pemulihan Tahun 1, bermain kad sukukata KVK. Mencari pasangan kad KVK dan memadankan menjadi perkataan yang betul.



Ciri-ciri murid pemulihan Khas

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;


a. Emosi dan Tingkahlaku
Perasaan rendah diri.
Perasaan risau.
Perasaan sedih, hiba atau duka.
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Pasif.
Malas

    b. Sosial
    Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
    Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
    Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
    Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
    Menangis - enggan masuk darjah.
    Hyper aktif.

      c. Kesihatan 
      Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
      Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
      Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
      Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
      Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
      Kurang menjaga kebersihan diri.

        d. Kesediaan Belajar
        Belum bersedia untuk belajar.
        Perbendaharaan kata kurang.
        Lemah pemahaman.
        Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
        Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

          e. Pengamatan
          Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
          Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
          Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
          Lambat mengkelaskan benda.
          Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
          Tidak dapat menyelesaikan masalah.
          Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
          Tidak kreatif.
          Lemah pergerakan dan perbuatan.
          Lemah daya pemikiran/ingatan.
          Tidak boleh mengingat kembali.

            Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

            1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
            2. Rekod-rekod prestasi
            3. Rekod kesihatan
            4. Kerja-kerja harian murid
            5. Melalui pemerhatian
            6. Punca-punca lain yang diperolehi;.

            Kelas Pemulihan Khas ku..

            Saya baru je berpindah ke sekolah ini, mengambil alih mengajar Kelas Pemulihan Khas pada bulan Mei 2011 yang lalu. Kelas ini baru je di naik taraf, di cat baru. Masih banyak yang perlu saya lakukan untuk menjadikan persekitaran kelas ini kondusif dan murid seronok belajar di sini..


            Ini lah kelas saya..

            Kelas Tunas Harapan... Moga anak-anak yang masuk ke kelas ini menjadi harapan keluarga, bangsa dan negara di masa akan datang

            Visi, Misi dan Motto Kelas Pemulihan Khas

            Alhamdulillah, saya dapat kelas baru. Dalam usaha untuk menambah baik keadaan kelas supaya lebih kondusif..

            Selamat Datang.. Silakan Masuk..

            Moga seronok di sini..

            Mari baca sukukata KV+KV

            Friday 14 October 2011

            Coretan pertama

            Tak pernah terfikir saya akan mempunyai blog sendiri. Selalu jengok blog orang je.. Bila anak ada blog, saya la orang paling bising marah2 sebab takut anak-anak salah gunakan blog, maklum la anak-anak remaja, takut juga mereka dedahkan maklumat peribadi.
            Semester 2 pengajian  pun bermula pada 12 September 2011. salah satu tugasan yang wajib dibuat ialah membina blog. Bila dapat aje tugasan terus cakap kat anak "Aiman kena tolong ibu, ajar ibu buat blog."
            Syukur jugak anak pandai boleh la berguru dengan anak sendiri. Pada saya, kalau nak belajar dengan sape2 pun boleh asalkan kita ada kemahuan, pasti ada jalannya..