Pemulihan Khas

Kemahiran membaca perkataan kvkk+kv
perkataan kvkk+kv






__________________________________
32 Kemahiran Yang perlu dikuasai oleh murid Pemulihan Khas :


  1. Huruf Kecil
  2. Huruf Besar
  3. Huruf Vokal
  4. Sukukata KV (Contoh : ma, pe, li)
  5. Perkataan KV+KV (Contoh : meja, tali, topi)
  6. Sukukata V+KV (Contoh : api, ibu, ubi)
  7. Perkataan KV+KV+KV (Contoh : kereta, kelapa)
  8. Perkataan KVK (Contoh : jam, pen, kek)
  9. Sukukata KVK (Contoh : pah, tah, lis)
  10. Perkataan V+KVK (Contoh : ikan, awan, emas)
  11. Perkataan KV+KVK (Contoh : lalat, gajah, kipas)
  12. Perkataan KVK+KV (Contoh : lembu, jambu)
  13. Perkataan KVK+KVK (Contoh : cantik, bantal)
  14. Perkataan KV+KV+KVK (Contoh : teratak, sekolah)
  15. Perkataan KVK+KV+KVK (Contoh : Sembilan)
  16. Perkataan KVKK (Contoh : wang)
  17. Sukukata KVKK (Contoh : bang, yang)
  18. Perkataan KV+KVKK (Contoh : pisang, bawang)
  19. Perkataan V+KVKK (Contoh : udang)
  20. Perkataan KVK+KVKK (Contoh : kambing)
  21. Perkataan KVKK+KV (Contoh : tangga)
  22. Perkataan KVK+KVK (Contoh : kertas, dakwat)
  23. Perkataan KVKK+KVKK (Contoh : longkang, pinggang)
  24. Perkataan KV+KV+KVKK (Contoh : teropong)
  25. Perkataan KV+KVK+KVKK (Contoh : belimbing, terompah)
  26. Perkataan KVK+KV+KVKK (Contoh : tempurung)
  27. Perkataan KVKK+KV+KVK (Contoh : tengkorak)
  28. Perkataan KV+KVKK+KVK (Contoh : perangkap)
  29. Perkataan diftong & vokal berganding (Contoh : pandai,pulau, taat)
  30. Perkataan huruf konsonan bergabung (digraf) (Contoh : nganga,nyanyi)
  31. Membaca dan membina ayat mudah
  32. Bacaan dan pemahaman.


__________________________________________________________

Murid Pemulihan Khas
Murid-murid yang mengikuti Kelas Pemulihan Khas terdiri dari murid-murid dikelas biasa yang menghadapi :

a) Masalah pembelajaran dengan sebab:
i)Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
ii)Tidak hadir ke sekolah
iii)Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
i)Leka dan lambat

b)Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah masalah :
i) peribadi
ii) psikologi
iii) kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak.
iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.


Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dipanggil   'murid pendidikan khas'.