Anak-anak Didik ku.

MURID LINUS TEGAR TAHUN 2





Murid tahun 2, Asma, Nazmin dan Nizam sedang bermain huruf membina perkataan

Saya dah pandai.... boleh bina perkataan  'laut'


Anak didik saya, Shahrul Nizam Tahun 2 Delima. Keturunan Melayu, Murid LINUS Tegar. Mula mengikuti kelas Pemulihan Khas pada bulan September 2011. Sekarang telah berjaya  masuk semula ke Kelas LINUS, selepas melepasi konstruk 1-7 dalam saringan 6.

Asma Binti Abdullah @ Balpreet Kaur, keturunan Sikh. Tahun 2 Delima. Asma merupakan murid LINUS Tegar, mula mengikuti Kelas Pemulihan pada bulan September 2011. Selepas menduduki ujian Saringan ke 6, Asma berjaya melepasi konsruk 1-6 dan sekarang mengikuti Kelas LINUS di dalam bilik darjah.


Danush a/l Murugan, keturunan India. Tahun 2 Delima. Murid LINUS Tegar. Mula mengikuti kelas Pemulihan Khas sejak Januari 2011. Selepas saringan ke 6, Danush melepasi konstruk 1-6 dan masuk semula ke Kelas LINUS.

Nazmin Bin Rieno, Tahun 2 Delima. Keturunan  Orang Asli. Mula mengikuti Kelas Pemulihan Khas sejak bulan Januari 2011. Alhamdulillah selepas saringan ke 6, Nazmin berjaya masuk semula ke aliran perdana.






MURID PEMULIHAN TAHUN 1

Anak didik saya, Muhammad Azim Marzuqi, Tahun 1 Delima. Keturunan Melayu. Mula mengikuti Kelas Pemulihan Khas pada bulan Jun 2011. Azim merupakan murid LINUS Tegar. Alhamdulillah sekarang berjaya masuk ke aliran perdana..



 Hasreem a/l Harideen murid Tahun 1 Delima. Keturunan Orang Asli. Mula mengikuti kelas Pemulihan Khas pada bulan Jun 2011. Hasreem juga adalah murid LINUS Tegar. Alhamdulillah sekarang dah melepasi saringan ke 6 dan berjaya masuk ke aliran perdana..