Friday 14 October 2011

Coretan pertama

Tak pernah terfikir saya akan mempunyai blog sendiri. Selalu jengok blog orang je.. Bila anak ada blog, saya la orang paling bising marah2 sebab takut anak-anak salah gunakan blog, maklum la anak-anak remaja, takut juga mereka dedahkan maklumat peribadi.
Semester 2 pengajian  pun bermula pada 12 September 2011. salah satu tugasan yang wajib dibuat ialah membina blog. Bila dapat aje tugasan terus cakap kat anak "Aiman kena tolong ibu, ajar ibu buat blog."
Syukur jugak anak pandai boleh la berguru dengan anak sendiri. Pada saya, kalau nak belajar dengan sape2 pun boleh asalkan kita ada kemahuan, pasti ada jalannya..