Monday, 7 November 2011

Kenapa Murid Sukar Membaca

Jika murid susah membaca akan menimbulkan masalah pada guru dan murid tersebut juga akan rasa rendah diri..
Ibu bapa juga pening kepala bagaimana hendak membantu mengajar anak-anak mereka membaca.. Sekadar ingin berkongsi, mari kita lihat apakah masalahnya dan cara meyelesaikan nya,

Friday, 4 November 2011

Membaca perkataan KVK+KVK

Aktiviti murid Pemulihan Tahun 1, bermain kad sukukata KVK. Mencari pasangan kad KVK dan memadankan menjadi perkataan yang betul.



Ciri-ciri murid pemulihan Khas

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;


a. Emosi dan Tingkahlaku
Perasaan rendah diri.
Perasaan risau.
Perasaan sedih, hiba atau duka.
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Pasif.
Malas

    b. Sosial
    Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
    Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
    Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
    Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
    Menangis - enggan masuk darjah.
    Hyper aktif.

      c. Kesihatan 
      Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
      Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
      Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
      Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
      Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
      Kurang menjaga kebersihan diri.

        d. Kesediaan Belajar
        Belum bersedia untuk belajar.
        Perbendaharaan kata kurang.
        Lemah pemahaman.
        Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
        Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

          e. Pengamatan
          Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
          Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
          Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
          Lambat mengkelaskan benda.
          Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
          Tidak dapat menyelesaikan masalah.
          Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
          Tidak kreatif.
          Lemah pergerakan dan perbuatan.
          Lemah daya pemikiran/ingatan.
          Tidak boleh mengingat kembali.

            Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas

            1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
            2. Rekod-rekod prestasi
            3. Rekod kesihatan
            4. Kerja-kerja harian murid
            5. Melalui pemerhatian
            6. Punca-punca lain yang diperolehi;.

            Kelas Pemulihan Khas ku..

            Saya baru je berpindah ke sekolah ini, mengambil alih mengajar Kelas Pemulihan Khas pada bulan Mei 2011 yang lalu. Kelas ini baru je di naik taraf, di cat baru. Masih banyak yang perlu saya lakukan untuk menjadikan persekitaran kelas ini kondusif dan murid seronok belajar di sini..


            Ini lah kelas saya..

            Kelas Tunas Harapan... Moga anak-anak yang masuk ke kelas ini menjadi harapan keluarga, bangsa dan negara di masa akan datang

            Visi, Misi dan Motto Kelas Pemulihan Khas

            Alhamdulillah, saya dapat kelas baru. Dalam usaha untuk menambah baik keadaan kelas supaya lebih kondusif..

            Selamat Datang.. Silakan Masuk..

            Moga seronok di sini..

            Mari baca sukukata KV+KV

            Friday, 14 October 2011

            Coretan pertama

            Tak pernah terfikir saya akan mempunyai blog sendiri. Selalu jengok blog orang je.. Bila anak ada blog, saya la orang paling bising marah2 sebab takut anak-anak salah gunakan blog, maklum la anak-anak remaja, takut juga mereka dedahkan maklumat peribadi.
            Semester 2 pengajian  pun bermula pada 12 September 2011. salah satu tugasan yang wajib dibuat ialah membina blog. Bila dapat aje tugasan terus cakap kat anak "Aiman kena tolong ibu, ajar ibu buat blog."
            Syukur jugak anak pandai boleh la berguru dengan anak sendiri. Pada saya, kalau nak belajar dengan sape2 pun boleh asalkan kita ada kemahuan, pasti ada jalannya..