Musim cuti sekolah baru bermula, tetapi sebagai guru walaupun cuti sekolah kami boleh dipanggil untuk berkursus dan sebagainya. Pada 21 dan 22 November semua Guru Pemulihan Khas Daerah Kinta Utara telah dipanggil menghadiri Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Belajar. Banyak idea yang bernas dihasilkan. Ternyata guru-guru Pemulihan Khas ini sangat kreatif dalam menghasilkan BBB. Di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana dalam menghasilkan Bahan Bantu Belajar yang boleh diguna pakai untuk membantu murid Pemulihan Khas mengenal abjad, vokal dan membaca sukukata KV dan perkataan KVKV.
|
Kereta api sukukata, bimbing murid untuk mengeja dan membaca sukukata KV, kemudian cantumkan menjadi perkataan bermakna. |
Bahan yang ni memang cantik dan menarik. Murid boleh mengeja dan membaca perkataan KVKV |
|
|
Roda sukukata, murid pasti teruja bermain roda ni, bina perkataan daripada sukukata yang disediakan berdasarkan gambar pada roda. |
|
'Ulat' abc, pasti murid seronok menggunakan bahan ini.. |
|
Vokal i untuk ikan.. |
|
Roda perkataan. Murid belajar membaca melalui bermain. |
|
Kad sorong tarik |
|
Mobail vokal |
|
Guru boleh guna kalendar meja yang terpakai untuk buat BBB ini. mesti menarik dan menjimatkan.. kreatif cikgu2 ni kan... :) |
|
Yang ini pula dadu sukukata, murid boleh belajar melalui kaedah bermain.. |
|
Mobail huruf vokal, murid mesti seronok tengok gantung2 bahan ni di kelas, kelas cikgu pun cantik nanti.. |
|
Kad abc bunga, boleh gantung2 di kelas... |
|
Bahan ini pun menggunakan kalendar meja terpakai.. so lepas ni cikgu-cikgu boleh la kumpul kalendar meja untuk jadikan Bahan Bantu Belajar |
|
Kad buka tutup. ala2 macam tingkap tu la.. murid mesti seronok menggunakan bahan ini |
|
Bahan ini menggalakkan murid mencuba, baca dulu sukukata, jika berjaya eja atau baca dengan betul, murid boleh maju ke hadapan bergerak menggunakan kereta permainan yang guru sediakan. |
|
Kad huruf timbul menggunakan span basuh pinggan, murid boleh sentuh dan rasa dengan jari bentuk huruf dan cara menulis huruf dengan betul |
|
Carta sukukata KV |
|
Kolaj huruf, murid boleh sentuh huruf dengan jari, guru ajar gerakkan jari mengikut cara menulis huruf yang betul |
|
Kolaj huruf menggunakan beras |